Sign In
Mobirise Website Builder
http://hbk.gov.bn/Images1/anugerah2022/bloodkad.png
Projek - BloodKad
Projek Cemerlang Untuk Belia 2022
Penyelaras Projek Blood Kad
Penyelaras UrusanNextacloud Technologies Sdn Bhd



BloodKad merupakan satu aplikasi yang membantu menyelaras proses pendermaan darah secara digital dan pengurangan penggunaan kertas dari segi pendaftaran penderma darah, pengisian borang pemeriksaan kesihatan dan tempahan slot menderma.

BloodKad dihasilkan oleh Nextacloud Technologies, bermula sebagai syarikat start-up yang sebelum ini dikenali sebagai Newgate Plus.  Pada tahun 2017, First Blood telah dijenamakan semula sebagai BloodKad sehingga sekarang.

Penggunaan BloodKad diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan melalui Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleh (RIPAS) dan Jerudong Park Medical Centre bagi orang ramai yang berhasrat untuk menderma darah untuk memuat turun aplikasi ini.

Seramai 14,058 telah mendaftar selaku pengguna BloodKad dan membantu negara untuk mengekalkan tahap stok darah yang sihat.
Projek ini jika berjaya boleh menembusi dunia iaitu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation) dan seterusnya dapat membawa Negara Brunei Darussalam kemata dunia jika projek ini diisytihar oleh WHO memandangkan pada masa ini projek ini akan dirancang dilanjutkan penggunaanya di Indonesia dan Malaysia. 


Pencapaian Projek

2019 - Most Promising Digitalised MSME oleh ASEAN Business Awards, Thailand

2018 - Featured in Future of ASEAN 50 Success Stories of Digitalisation of ASEAN MSMEs/ PwC Thailand

2017 - Featured in the B2B Magazine

2017 - Brunei ICT Awards, BICTA (tempat kedua)

2016 - Brunei ICT Awards, BICTA (tempat kedua)

2015 - ASEAN Impact Challenge, Malaysia (First Runner-up)

2015 - BEDB IGNITE Entrepreneurship Challenge (Second Runner-up)



Attachments